Monday, November 9, 2009

mungkinkah...

Tabir Hijab Biru

Tatkala menjelajahi liku akar rahsia

rasa
baru ditemui rindu
bersembunyi di balik
tabir fikir

Dalam lamunan
rindu itu
menyusur galur belantara
yang terlalu rahsia
memperibadi mimpi

Bukan saja keliru
ketika mengungkapkan
perulangan malam
dan siang

walhal ada pada diri
rupanya diadun
kesilapan yang rahsia

Maka hanya pulang
saja
memberi tanda
waspada dan muhasabah

impian meski tak
bernoktah
mempelajari kebenaran

lebih insan

lebih insaf

sebelum meneruskan
hala ke akar rahsia
negeri yang jauh
kekal abadi

Mungkinkah kerana
kesilapan meriwayatkan

pedoman

hari

hari

menjelang kedewasaan.

-almockingbird-